Mutalif sedia teruskan khidmat NGO ke kancah politik – Channel W

Mutalif sedia teruskan khidmat NGO ke kancah politik

Kira-kira sepuluh tahun lepas, Abdul Mutalif Abdul Rahim mula menyertai misi kemanusiaan dalam dan luar negara termasuk ke Jepun dan New Zealand bagi membantu penduduk terjejas ekoran gempa bumi dan bencana alam.

Dari situ, minatnya untuk membantu orang yang memerlukan semakin meningkat dan berkembang sehinggakan aktiviti tersebut sebati dengan dirinya.

Baru berumur 47 tahun namun pelbagai pengalaman telah dikutip beliau termasuk memerangi dadah di kawasan Petaling, menyelamatkan mangsa banjir di Pantai Timur, membawa pulang pelajar Malaysia sewaktu Ops Pyramid dan misi kemanusiaan untuk masyarakat Rohingya di Myanmar.

Keluh-kesah perit-jerih di akar umbi hingga kerenah birokrasi di peringkat atasan sewaktu terlibat dalam misi kemanusiaan telah dilalui Abdul Mutalif atau lebih dikenali sebagai Talib namun ia tidak mematahkan semangatnya untuk berjuang bagi membantu mereka yang
memerlukan.

Atas dasar itu, beliau melibatkan diri dalam arena politik kerana percaya peluang dan
ruang lebih luas dapat digunakan bagi menyalurkan perkhidmatan tidak berbelah bahagi dan bermusim.

Selaku calon Barisan Nasional (BN) N.33 Taman Medan, beliau percaya, sudah sampai masanya segala pengalaman yang telah dikutip sewaktu misi kemanusiaan itu diterjemahkan dan disampaikan pula ke penduduk sekitar Petaling Jaya dan kawasan berdekatan.

“Di sini kalau kita lihat, isunya lebih terperinci dan memerlukan respons serta penyelesaian segera. Antaranya masalah denggi, gejala dadah, kurangnya kemudahan sukan dan perlunya diwujudkan Pusat Transformasi Bandar (UTC) seperti yang telah ada di tempat lain.

“Saya percaya, jika isu dan perkara ini diselesaikan, masyarakat sekitar akan dapat hidup lebih senang dan selesa berbanding sekarang,” kata ayah kepada empat orang tersebut yang fasih berbahasa Tamil dan Inggeris.

Mutalif melihat pentingya masalah rakyat dibawah diselesaikan terlebih dahulu dengan cara diplomasi dan bukannya emosi kerana ia boleh menyebabkan berlakunya persengketaan dan perpecahan dikalangan komuniti setempat dan masyarakat.

Mutalif yang pernah melanjutkan pelajaran di California, Amerika Syarikat dalam bidang perniagaan itu, akan dicabar rakan sekolahnya, Ariffin Mahaiyuddin (PAS) dan Syamsul Firdaus Mohd Supri (PKR) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) di N.33 Taman Medan yang terletak di kawasan Parlimen Petaling Jaya.

Mengulas mengenai perkara tersebut, Mutalif berkata politik adalah arena untuk mempersembahkan pakej perkhidmatan siapa yang lebih relevan dan berguna untuk masyarakat dan bukan medan mengutuk serta menjatuhkan orang lain.

Beliau percaya, dengan pertandingan sihat, pengundi akan lebih terbuka dan bertamadun untuk memilih siapa wakil rakyat yang benar-benar memperjuangkan dan menyelesaikan nasib mereka.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans