NADMA Salur Bantuan Hadapi Banjir di Sarawak – Channel W

NADMA Salur Bantuan Hadapi Banjir di Sarawak

Kota Samarahan – Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) akan menyalurkan lebih banyak bantuan anggota dan logistik mengikut permintaan negeri dalam mengurus bencana banjir di Sarawak dalam tempoh dua bulan ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata agensi itu bersiap siaga khusus untuk Sarawak dalam menghadapi sebarang kemungkinan di negeri itu.

Katanya dalam sidang media selepas meninjau PPS di Sekolah Kebangsaan Mang setakat ini keperluan logistik seperti kenderaan, bot dan kemudahan lain untuk pusat pemindahan sementara (PPS) adalah mencukupi.

Jelasnya lagi kita telah menghantar 2,000 khemah tertutup dan tambahan 2,000 khemah lagi yang diminta oleh kerajaan negeri akan dihantar selewatnya minggu depan.

Katanya, beliau semua agensi yang terlibat dalam pengurusan banjir telah bertugas dengan sebaik mungkin bagi memastikan agihan bantuan serta urusan berkaitan berjalan lancar.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans