Najib Adakan Pertemuan Tertutup Dengan Jentera BN Perak – Channel W

Najib Adakan Pertemuan Tertutup Dengan Jentera BN Perak

IPOH- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan pertemuan tertutup dengan jentera Barisan Nasional (BN) Perak bersempena program Jelajah Perdana Menteri di Pusat Konvensyen Amanjaya di sini hari ini.

Perjumpaan itu dihadiri Pengerusi BN negeri yang juga Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, Pengerusi MCA negeri Datuk Dr Mah Hang Soon dan Pengerusi MIC negeri Datuk V.Elango.

Pemimpin lain yang turut hadir termasuk Presiden Gerakan Datuk Seri Mah Siew Keong, Setiausaha Agung MCA Datuk Seri Ong Ka Chuan dan Ketua Wanita MCA Datuk Heng Seai Kie.

Dalam pertemuan sejam itu, Najib yang juga Presiden UMNO dan Pengerusi BN menyampaikan amanat kepada lebih 2,000 jentera BN negeri.

Pada pertemuan itu, Najib turut melancarkan jentera BN Perak bagi menghadapi pilihan raya umum ke-14.

– BERNAMA

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans