Beliau dilihat berada di kediaman itu sebelum bekas Perdana Menteri dijangka memberi keterangan semula di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia – SPRM hari ini.

Bekas Perdana Menteri itu akan memberi keterangan sekali lagi bagi membantu siasatan kes SRC International Sdn. Bhd., pukul 5 petang.

Menurut sumber SPRM, Najib akan disiasat dibawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLA) 2011.

Mantan Perdana Menteri itu juga akan diberi notis perintah hadir ke mahkamah esok dibawah akta yang sama buat kali kedua.