Najib akan tentukan kedudukannya sebagai Presiden selepas bercuti – Channel W

Najib akan tentukan kedudukannya sebagai Presiden selepas bercuti

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Unit Penerangan UMNO Malaysia siang tadi, Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menegaskan akan memutuskan kedudukannya selepas pulang dari bercuti nanti.

Keputusan itu dibuat, selepas mengambil kira kemerosotan sokongan rakyat kepada Barisan nasional pada Pilihan Raya Umum ke 14 baru-baru ini.

Beliau juga mengambil maklum pelbagai pandangan pemimpin dan ahli-ahli parti di semua peringkat mengenai kedudukannya sebagai Presiden UMNO.

” Sebagai Presiden UMNO dan Pengerusi BN saya bertanggungjawab sepenuhnya atas keputusan PRU14,” tegasnya.

Beliau mahu sebarang keptusan yang dibuat kelak demi kebaikkan BN untuk terus berkhidmat kepada rakyat dan negara.

Sehubungan itu dalam tempoh beliau bercuti ini, beliau memohon semua pihak bertenang dan tabah serta terus menguatkan kita terutama dalam suasana olitik yang mencabar ini.

 

 

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans