Najib bakal hadapi 21 pertuduhan – Channel W

Najib bakal hadapi 21 pertuduhan

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan berhadapan dengan 21 pertuduhan mengikut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFA) 2001 hari ini di

Menurut Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim, ia membabitkan jumlah wang keseluruhannya AS$681 juta (RM2.8 bilion).

“Sembilan dan lima pertuduhan masing-masing membabitkan penerimaan wang haram dan penggunaan wang haram.

“Tujuh pertuduhan lagi membabitkan pemindahan wang haram ke entiti lain.

“Tangkapan dan pertuduhan ini dilakukan dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),” katanya dalam satu kenyataan, Khamis.

Terdahulu, Najib dibawa ke ibu pejabat AMLA bagi dirakam percakapannya berhubung siasatan mengikut Seksyen 4(1) AMLATFA 2001.

Kehadiran bekas Perdana Menteri ke ibu pejabat itu bagi membantu siasatan oleh pihak polis yang bekerjasama dengan pasukan penyiasat SPRM berhubung siasatan kes sama.

Beliau kemudiannya telah ditahan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) di pekarangan ibu pejabat Unit Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA) Bukit Aman di Menara KPJ setelah mendapat persetujuan daripada Jabatan Peguam Negara.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans