PRU14: Najib Bertemu Ahli Parlimen BN – Channel W

PRU14: Najib Bertemu Ahli Parlimen BN

PUTRAJAYA – Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak hari ini bertemu Ahli Parlimen BN di Seri Perdana, Putrajaya.

Pertemuan itu bermula pada pukul 9.00 pagi tadi dan berakhir kira-kira sejam kemudian.

Menurut beberapa Ahli Parlimen yang ditemui media di luar Seri Perdana, pertemuan itu berlangsung dalam suasana serba mementingkan kekeluargaan parti.

Media di laman Seri Perdana, Putrajaya. Foto – Noor Hasilah Ismail

“Patuh pada pemimpin dan menanamkan semangat BN tidak kira dilantik menjadi calon atau tidak, semua ahli dan pemimpin mesti bersama dengan BN “ tegas Pengerusi Perhubungan UMNO Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Selain beliau, turut berjaya ditemui media, Pengerusi MIC Wilayah Persekutuan, Datuk M Saravanan yang menegaskan perkara yang sama.

“Semangat kepartian, menjaga BN dan ucapan yang diberikan Datuk Seri Najib ringkas untuk menanamkan semangat mempertahankan BN,” katanya.

 

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans