Najib Dedah Sikap Khianat Shafie – Channel W

Najib Dedah Sikap Khianat Shafie

SEMPORNA – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melabelkan bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Shafie Apdal  pemimpin yang suka menikam belakang dan tidak mengenang jasa.

Pertama kalinya Presiden UMNO itu meluahkan isi hatinya di hadapan 14,000 penduduk Semporna mengenai bekas Naib Presiden UMNO.

Malah, menurut Datuk Seri Najib sebagai seorang pemimpin sejati, kepentingan peribadi bukan keutamaan tetapi  apa yang harus diberikan keutamaan adalah  kepentingan parti politik dan sekaligus mendukung dasar parti itu.

Beliau turut memberi contoh mengenai tindakan Shafie yang tidak mengenang jasa apabila apabila membuat keputusan keluar parti.

Foto – Harun Amir

“Saya bagi peluang luar biasa kepada beliau menjadi naib presiden UMNO dan melantiknya menjadi Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah untuk membawa perubahan di kawasan luar bandar khususnya di Sabah.

“Tetapi dalam keadaan tertentu dia tikam saya dari belakang, pedih rasanya dan saya kecewa apabila sahabat karib berbuat demikian,” kata Pengerusi BN.

Shafie yang kini penyandang kerusi parlimen Semporna mengasaskan Parti Warisan Sabah.

Bagaimanapun, Najib yakin BN mampu mengekalkan Semporna dalam pilihan raya umum akan datang.

Menurutnya,  rakyat di kawasan Semporna akan terus mendapat kemajuan dan tidak akan ditinggalkan malah banyak kemudahan telah dan sedang berjalan ketika ini untuk penduduk di kawasan itu.

“Saya terharu dengan sambutan yang cukup hangat pada kunjungan saya hari ini dan saya harap rakyat Semporna masih setia dan akan terus setia kepada BN,” katanya pada majlis pelancaran Pusat Pelancongan Antarabangsa Semporna hari ini.

Foto – Harun Amir

 

Dimajlis itu, Datuk Seri Najib  turut mengumumkan pelan pembangunan bagi daerah Semporna.

Perancangan itu ujarnya seiring dengan pembangunan Semporna yang diiktiraf sebagai pintu gerbang para pelancong dari dalam dan luar negara.

Tambahnya, pelan tersebut bersesuaian dengan aktiviti pelancongan yang semakin rancak di kawasan ini, lebih-lebih lagi dengan pembinaan hub pelancongan antarabangsa Semporna.

Najib turut menyerahkan geran tanah anak negeri kepada 1,000 orang penerima dan mengisytiharkan status Bum-Bum sebagai Pejabat  Daerah Kecil.

Turut hadir Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman, pemangku  Ketua UMNO, Datuk Nasir Tun Sakaran dan Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ramlee Marahaban.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans