Najib gembira dapat masuk kedalam Kaabah dan kawasan makam Rasulullah – Channel W

Najib gembira dapat masuk kedalam Kaabah dan kawasan makam Rasulullah

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, melahirkan perasaan terharu dan gembira bila diberi penghormatan untuk memasuki kawasan dalam Kaabah di Mekah dan juga makam Rasulullah SAW di Madinah.

Lawatan beliau ke Arab Saudi adalah atas jemputan khas oleh Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud. Disamping lawatan kerja, Datuk Seri Najib juga melahirkan hasrat untuk menunaikan ibadah umrah dan beliau mengajak bersama ahli-ahli keluarganya dan beberapa kenalan untuk tujuan ini.

Dalam pos Twitter peribadi nya pada 10 Januari lalu, Datuk Seri Najib mengucapkan syukur dan terharu kerana diberi peluang memasuki Kaabah.

Sehari sebelum itu, dia juga menyatakan rasa syukur kerana di beri kebenaran khas oleh Raja Arab Saudi untuk memasuki kawasan makam Rasulullah SAW di Masjid Nabawi, Madinah.

Ibunya, Tun Rahah binti Tan Sri Mohammad Noah, dan ahli keluarga nya yang lain juga mendapat kehormatan yang amat bermakna ini.

Sama-sama kita mendoakan yang terbaik dan agar doa-doa mereka sewaktu mengerjakan umrah dan menjadi tetamu Allah di kabulkan.

Mengikut kenyataan di laman Facebook Pejabat Perdana Menteri, lawatan kerja YAB Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak ke Arab Saudi adalah atas jemputan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud.

Ia bagi membincangkan isu-isu dua hala yang telah dipersetujui kedua-dua negara semasa kunjungan beliau ke Malaysia pada tahun lalu.

Rombongan YAB Perdana Menteri turut disertai oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato’ Sri Jamil Khir, Datin Sri Rosmah Mansor, Tun Rahah Mohammad Noah, beberapa ahli keluarga, kenalan dan pegawai Perdana Menteri.

Selain itu, adalah menjadi hasrat YAB Perdana Menteri untuk menunaikan ibadah umrah semasa lawatan kerja ini. Dato’ Sri Mohd Najib telah mengajak ahli keluarga beliau dan beberapa kenalan dalam lawatan ini bagi bersama beliau dalam mengerjakan ibadah umrah.

Adik-adik YAB Perdana Menteri termasuk kenalan beliau yang turut sama dalam lawatan ini telah membuat perbelanjaan sendiri ke Tanah Suci. Hanya Tun Rahah yang turut bersama Dato’ Sri Mohd Najib dalam perjalanan kapal terbang ke Arab Saudi.

Nama-nama mereka ini telah dimasukkan dalam senarai rasmi rombongan YAB Perdana Menteri bagi memudahkan urusan pentadbiran dengan pihak Arab Saudi bagi program ibadah umrah.

YAB Perdana Menteri dan ahli rombongan juga telah diberi taraf Tetamu Negara oleh Kerajaan Arab Saudi.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans