Najib Hadir Perjumpaan Tertutup BN Negeri Sembilan – Channel W

Najib Hadir Perjumpaan Tertutup BN Negeri Sembilan

PORT DICKSON – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menghadiri perjumpaan tertutup bersama pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan di sini hari ini.

Perjumpaan turut dihadiri Pengerusi BN negeri yang juga Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan, Pengerusi MCA Negeri Datuk Seri King Lim Chin Fui, Pengerusi MIC Negeri Datuk L. Manickam, Pengerusi Gerakan Negeri Datuk David Chong Vee Hing, Pengerusi Makkal Sakti Negeri Datuk K. Saravanan dan Pengerusi MyPPP Negeri Suhul Hammed Shaik Mohaideen.

Dalam pertemuan hampir satu jam itu, Najib menyampaikan amanat kepada lebih 40 pemimpin BN negeri.

Sementara itu, Setiausaha Perhubungan UMNO negeri Datuk Hasim Rusdi berkata dalam perjumpaan itu, Najib menasihati pemimpin parti komponen untuk memastikan kemenangan di kawasan masing-masing terutama kawasan sasaran iaitu Parlimen Teluk Kemang dan Seremban, selain lima Dewan Undangan Negeri iaitu Sikamat, Chennah, Repah, Port Dickson dan Temiang.

“Beliau juga menasihati ahli parti agar sentiasa memberikan sokongan penuh kepada calon yang dipilih dan jangan sampai ada pergolakan dalaman dan sabotaj sesama ahli,” katanya.

— BERNAMA

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans