Najib Ikrar Akan Pertahan Kedaulatan Negara – Channel W

Najib Ikrar Akan Pertahan Kedaulatan Negara

KUALA LUMPUR – Tiada kompromi dalam hal kedaulatan negara! Itu ikrar Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sebagai seorang pemimpin dan sebagai warganegara yang patriotik.

“ Sebagai rakyat Malaysia yang patriotik, saya dan kepimpinan Barisan Nasional tidak akan sekali-kali berkompromi hal kedaulatan negara!,” ketegasan itu dilontarkan di laman rasmi media sosialnya www.najibrazak.com hari ini.

Katanya lagi, Kerajaan Barisan Nasional juga sedar bahawa menjaga keselamatan negara adalah usaha berterusan dan kita tidak boleh leka walau sesaat. Oleh itu, dalam Manifesto Barisan Nasional terdapat banyak usaha dan inisiatif yang akan kita laksanakan jika terus diberi mandat.

Antaranya:

→Menambah pos kawalan dan sistem pemantauan di sepanjang sempadan Malaysia – AKSEM dan AKSEMNET.

→Mentransformasi pasukan elit khas PDRM seperti Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING), Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) dan Pasukan Tindakan Khas Anti Maksiat, Judi dan Gangsterisme (STAGG) demi keamanan rakyat.

→Menyebarluas usaha menentang keganasan dan ekstremisme melalui Gerakan Kesederhanaan Global (GMM).

→Meningkatkan pembabitan masyarakat dalam pencegahan jenayah menerusi inisiatif PDRM menggunakan aplikasi Volunteer Smartphone Patrol.

→Menubuhkan Pusat Operasi Pertahanan Siber (CDOC) di bawah Kementerian Pertahanan.

Kenyataan itu ditulis selepas mengadakan  lawatan ke Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2018 dan Pameran Keselamatan Kebangsaan Asia (NATSEC) 2018, acara yang menjadi tumpuan ramai dari seluruh dunia.

Turut disentuh Datuk Seri Najib menegaskan  bercakap mengenai bidang pertahanan dan keselamatan, tentu sekali kita semua sedar bahawa isu yang kita hadapi hari ini adalah lebih mencabar dan jauh berbeza berbanding dahulu.

“ Oleh itu, Kerajaan Barisan Nasional pimpinan saya telah melaksanakan pelbagai langkah bagi memastikan negara dan rakyat Malaysia dapat terus hidup dalam keadaan aman dan harmoni.” Katanya.

Antara lain, kita telah meluluskan Akta Majlis Keselamatan Negara dan Akta Pencegahan Keganasan atau Prevention of Terrorism Act (POTA), kerana kita bertekad untuk terus memastikan rakyat Malaysia dilindungi dan pasukan keselamatan kita dapat berkhidmat dan bekerja dengan bebas.

Ini juga termasuk melindungi rakyat Malaysia daripada tempias kesan dan akibat berita palsu, atau Fake News yang semakin hari semakin berleluasa. Inilah juga sebabnya mengapa baru-baru ini kita meluluskan Akta Antiberita Tidak Benar 2018.

Berita palsu dan tidak benar ini mungkin nampak remeh, tapi sebenarnya membawa ancaman keselamatan yang besar, sepertimana yang dapat kita lihat di seluruh dunia di mana berita palsu dan tak benar digunakan sebagai alat campur tangan proses demokrasi oleh kuasa luar – dan yang menghairankan perkara ini disokong oleh sesetengah pemimpin pembangkang!

Masa depan negara kita perlu ditentukan oleh rakyat Malaysia berasaskan fakta, bukan berita, janji atau harapan palsu semata-mata!

 

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans