Najib – Jangan merajuk, khianati parti jika tidak dicalonkan – Channel W

Najib – Jangan merajuk, khianati parti jika tidak dicalonkan

Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengingatkan semua pemimpin dan anggota parti komponen BN termasuk UMNO agar tidak merajuk dan mengkhianati parti dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Datuk Seri Najib turut mengingatkan mereka supaya terus bekerja keras bagi mendapatkan mandat semula daripada rakyat.

Sambutan hangat BN Perak terhadap Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak di Kuala Kangsar, malam tadi.

Beliau berkata demikian di majlis Ramah Mesra dan Jamuan Rakyat bersama Perdana Menteri di Dewan Jubli Perak malam tadi.

“Parti ini (UMNO) adalah parti keramat yang banyak berjasa termasuk (kepada) perdana menteri 22 tahun itu. Dia (Tun Dr Mahathir Mohamad) tak kuat, saya pun tak kuat. Dia jadi kuat sebab UMNO. Dia tidak boleh khianat pada UMNO sepatutnya. Jasa (UMNO) terlalu banyak kepada dia dan anak-anaknya.

Tambahnya, Jangan ada orang yang merajuk. Jangan mengkhianati parti kita. Kita mesti pandang ke hadapan. Kita tahu bahawa survival kita, walau marah macam mana pun, kalau tak suka perdana menteri pun tak apa, tetapi jangan runtuhkan parti kesayangan kita.

Katanya lagi selagi ada parti, pemimpin dan ahli BN boleh meneruskan perjuangan.

Beliau turut  berikrar akan bekerja sedaya upaya dengan pasukannya untuk memastikan Malaysia dimartabatkan sebagai negara terhebat.

 

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans