Najib, Jho Low akan dipanggil PAC – Channel W

Najib, Jho Low akan dipanggil PAC

Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dan ahli perniagaan Low Taek Jho antara 18 saksi yang berpotensi dipanggil untuk memberikan keterangan berhubung 1MDB, kata Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Datuk Seri Ronald Kiandee.

Ronald berkata, keterangan daripada 18 saksi itu amat penting dalam membantu jawatankuasa tersebut melengkapkan siasatan secara komprehensif, memandangkan Najib dan Low tidak pernah dipanggil PAC pada penggal ke-13.

“PAC Parlimen menyenaraikan 18 saksi berpotensi dipanggil memberikan keterangan di hadapan jawatankuasa, termasuklah bekas perdana menteri serta Low Taek Jho yang pernah bertugas sebagai penasihat khas Terengganu Investment Authority (TIA) sebelum ditukar nama kepada 1MDB,” katanya dalam satu kenyataan, Khamis.

Katanya, PAC Parlimen juga menggariskan 10 terma rujukan yang akan digunakan sebagai rujukan jawatankuasa sepanjang prosiding syarikat 1MDB berlangsung. Ia termasuk menggunakan 2 laporan Jabatan Keadilan Amerika Syarikat yang diterbitkan pada 2016 dan 2017.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans