PRU14: Najib mohon rakyat kembalikan BTR kepada BN – Channel W

PRU14: Najib mohon rakyat kembalikan BTR kepada BN

Datuk Seri Najib Razak memohon agar pengundi Bandar Tun Razak mengembalikan kawasan yang  menggunakan nama ayahandanya ke tangan Barisan Nasional (BN).

Pengerusi BN itu menyifatkan kawasan tersebut memberikan nilai sentimental kepadanya kerana nama parlimen tersebut  sempena nama Allahyarham Tun Abdul Razak Tun Hussein, beliau yakin jentera BN akan menebus kesilapan yang lalu yang mengakibatkan kawasan itu ‘dijajah’ pembangkang.

 

“Tolonglah saya, tolonglah keluarga Tun Razak kembalikan Bandar Tun Razak kepada BN.

“Saya datang ke Bandar Tun Razak saya geram sebab nama kawasan ini nama ayahanda saya macam mana tak jadi (milik) BN lagi.

“Saya tanya di mana silapnya tapi kita ada peluang sekarang ini untuk betulkan kita akan pastikan BN For Bandar Tun Razak sebab tuan dan puan (jentera parti) sudah bekerja sekian lama,” katanya ketika berucap di hadapan ratusan jentera parti ketika program Minum Petang di Padang Perumahan Awam Sri Johor, Selasa.

Turut hadir Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Ketua UMNO Bahagian Bandar Tun Razak, Datuk Rizalman Mokhtar dan Pengerusi MCA kawasan itu, Datuk Chew Yin Keen.

Najib selain itu menyebut nama calon parlimen itu yang juga muka baharu yang diketengahkan iaitu Adnan Seman merupakan calon selayaknya yang bakal berkhidmat dengan rakyat atas nama anak jati dan dari generasi muda.

“Kita tidak mahu orang-orang luar, orang yang pindah randah kita tak mahu, kita juga tak mahu orang tempatan yang tidak lama di sini, kita nak anak tempatan jati sebab itulah kita pilih Adnan Seman.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans