Najib Puji Keenakan Kopi Tenom Sabah – Channel W

Najib Puji Keenakan Kopi Tenom Sabah

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memuji keenakan kopi Tenom yang dihidangkan kepada beliau semasa lawatan rasmi sehari ke Sabah hari ini.

Menerusi laman Twitternya, Najib berkata beliau dijamu dengan kopi Tenom yang cukup popular bukan sahaja di Sabah malah di Sarawak, Semenanjung dan Brunei.

“Siapa biasa minum Kopi Tenom? Saya dijamu kopi ini tadi, sedap bah!,” kata perdana menteri.

Kopi Tenom dikenali berdasarkan nama daerah yang menghasilkan kopi tersebut, yang terletak 173 km selatan Kota Kinabalu.

Tenom bukan sahaja terkenal dengan kopinya, tetapi juga Taman Pertanian Sabah yang merupakan destinasi pelancongan terkenal.

Serbuk kopi yang dihasilkan di Tenom menggunakan kaedah tradisional di mana biji kopi dipanggang menggunakan kayu api bagi membangkitkan aroma kopi asli.

Najib yang tiba di Sabah malam tadi, telah mengadakan ‘Walkabout’ ke bangunan baharu Sekolah Kebangsaan Pekan Telipok dan SMK Telipok sebelum merasmikan projek pembinaan Hospital Universiti Malaysia Sabah pagi ini.

— BERNAMA

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans