Najib: “Saya Komited Bangunkan Sabah” – Channel W

Najib: “Saya Komited Bangunkan Sabah”

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau meluluskan banyak peruntukan kepada Sabah kerana sangat komited untuk membangunkan negeri berkenaan.

Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), berkata tindakan untuk meluluskan pelbagai peruntukan ketika membuat lawatan kerja ke Sabah bukan disebabkan pilihan raya umum semakin dekat.

“(Sebaliknya) Saya ingin memastikan jurang pembangunan antara Semenanjung dan Sabah dapat dirapatkan. Kita bukan macam pembangkang yang hanya tahu jual janji. Kita adalah kerajaan yang sudah terbukti melalui trek rekod.

“Kerajaan BN berjaya memastikan kestabilan politik di Sabah, mewujudkan keamanan dan keharmonian, mentransfomasikan Sabah serta memastikan keselamatan Sabah terus terjamin…itulah kejayaan kerajaan BN,”

Beliau berucap pada Majlis Makan Malam Bersama Pemimpin Masyarakat Sabah.

 

Foto – Twitter @NajibRazak

Turut hadir, Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman, Timbalan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, menteri-menteri Kabinet Sabah dan pemimpin parti komponen BN di semua bahagian di Sabah.

Perdana Menteri berkata kerajaan juga akan terus menambah peruntukan untuk membela nasib rakyat Sabah pada masa akan datang.

– BERNAMA

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans