Najib- ‘Tahniah Kepada Pemain Piano Berkebolehan Luar Biasa Andrew Kuik’ – Channel W

Najib- ‘Tahniah Kepada Pemain Piano Berkebolehan Luar Biasa Andrew Kuik’

KUALA LUMPUR- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada pemain piano berbakat luar biasa, Andrew Kuik, yang dinobatkan sebagai juara pada Festival Seni Asia Pasifik baru-baru ini.

“Tahniah kepada pemain piano berkebolehan luar biasa, Andrew Kuik, kerana menjadi juara pada Festival Seni Asia Tenggara dan Festival Seni Persembahan Remaja Antarabangsa Hong Kong Ke-5. Anda benar-benar menjadi kebanggaan Malaysia!,”

Kuik, 13, muncul sebagai juara keseluruhan dengan memperoleh markah tertinggi dalam kategori muzik, mengatasi lebih 200 peserta lain dalam festival itu yang berlangsung pada 27 Jan.

Kuik, pelajar di Nexus International School, adalah peserta termuda dalam kategori terbuka bagi persembahan piano.

Pemuzik remaja berbakat besar itu memainkan Piano Sonata No 10 dalam C, ciptaan Haydn dan Danzas Argentinas ciptaan Ginastera, yang mendapat pujian tinggi anggota panel hakim daripada pelbagai negara.

— BERNAMA

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans