Najib Ucap Takziah Kepada Keluarga Chow Chee Keong – Channel W

Najib Ucap Takziah Kepada Keluarga Chow Chee Keong

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga bekas penjaga gol kebangsaan Chow Chee Keong, 69, yang meninggal dunia pagi tadi.

Menerusi laman Twitter Najib, beliau menyatakan telah menerima berita bekas penjaga gol kebangsaan Chow Chee Keong telah meninggal dunia.

Menurutnya lagi, Chow Chee Keong merupakan penjaga gol terbaik Asia lima tahun berturut-turut, dan legenda bola sepak Malaysia. Takziah kepada keluarga beliau.

Chee Keong, penjaga gol terbaik negara meninggal dunia akibat kanser pundi kencing di Pusat Perubatan Universiti Malaya selepas melalui pembedahan pintasan jantung pada 17 Januari.

Beliau pernah dipilih sebagai pemain terbaik oleh Persekutuan Bola Sepak Asia (AFC) lima kali berturut-turut antara tahun 1966 dan 1970, dan kemudiannya menempa nama sebagai pemain profesional di Hong Kong. -bernama

 

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans