Najib ucap terima kasih – Channel W

Najib ucap terima kasih

Datuk Seri Najib Razak mengucapkan penghargaan kepada semua pengundi dan petugas pilihan raya yang menunaikan tanggungjawab masing-masing pada pengundian Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) hari ini.

Ucapan serupa turut ditujukanDatuk Seri Najibi kepada semua yang bertugas menjaga keselamatan.

“Terima kasih kepada semua pengundi yang turun menunaikan tanggungjawab, petugas pilihan raya yang amanah dalam menjalankan tanggungjawab dan penguat kuasa keselamatan yang memastikan proses (pengundian) berlangsung dalam keadaan aman,” kata Najib menerusi laman Twitter rasmi beliau.

Proses pengundian PRU14 bermula 8 pagi tadi di 8,253 pusat mengundi seluruh negara.

PRU14 melibatkan jumlah keseluruhan 14.9 juta pemilih berdaftar dalam menentukan kerajaan yang akan menerajui negara bagi tempoh lima tahun akan datang, dengan 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) menjadi taruhan.

 

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans