PRU14: Nak Berjuang Tidak Semestinya Jadi Calon – Shahrizat – Channel W

PRU14: Nak Berjuang Tidak Semestinya Jadi Calon – Shahrizat

Ketua Wanita UMNO Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil hari ini menjelaskan kedudukan beliau yang tidak mahu bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14  (PRU14).

Tegasnya, beliau ingin menjelajah ke seluruh negara bagi menyatakan sokongan padu kepada Wanita BN khususnya sekaligus meletakkan kemenanhan parti sebagai prioriti buatnya.

Datuk Seri Shahaniza Shamsudin calon BN di DUN Kuala Sentul, Pahang

“Saya tidak mahu bertanding. untuk PRU kali ini amat mustahak untuk jentera bawa kemenangan untuk BN. prioriti saya adalah untuk pusing 1 Malaysia jumpa jentera calon Wanita untuk tentukan kita menang.

“Jentera amat mustahak. kalau nak berjuang banyak cara dan bayak tempat. jd wakil rakyat, atau sebagainya,banyak cara nak berjuang.

“Jadi kita akan go all out bantu semua calon di bawah BN,” katanya pada sidang media di Johor, Jumaat.

Menjadikan Pagoh sebagai kawasan pertama untuk beliau dan Wanita UMNO turun menjelajah, Shahrizat berkata ini kerana Pagoh merupakan kawasan dimana Naib Ketua Wanitanya iaitu Noriah bertanding serta DUN Bukit Pasir.

“Jadi kita berdoa agar Pagoh kekal sebagai kubu kuat BN untuk kukuhkan kedudukan parti kita. jadi esok kita akan ke Batu Pahat dan kemudia ke Parit Sulong dimana Datuk Noraini Ahmad merupakan Setiausaha Wanita UMNO,” ujarnya lagi.

Seramai 26 orang calon wanita BN akan dipertaruhkan di kerusi Parlimen dan 59 lagi di peringkat Dewan Undangan Negeri.

Peningkatan 15 orang calon Wanita BN pada PRU14 kali ini berbanding PRU13 membuktikan Barisan Nasional komited untuk memperkasakan kedudukan wanita dalam semua sektor termasuklah dalam bidang politik.

Pada PRU14 ini, 49 orang iaitu 57.6 peratus calon wanita BN merupakan muka baru dan 36 orang lagi calon wanita BN yang dipertandingkan semula.

Kombinasi calon lama dan baru ini jelas Shahrizat lagi membuktikan BN sentiasa membuka ruang kepada pembaharuan tanpa mengetepikan faktor pengalaman dalam memformulasi kemenangan BN dalam PRU14 in

“KPI saya untuk tingkatkan calon Wanita, walaupun bukan mudah tapi Presiden dah berjanji untuk adakan peningkatan untuk Wanita.itu KPI saya, PRU kali ini mesti lebih baik dari PRU lepas,” katanya lagi.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans