Nak Cantik, Awet Muda Amalkan Daun ini – Channel W

Nak Cantik, Awet Muda Amalkan Daun ini

Daun Pegaga

Selain dimakan mentah sebagai ulam pegaga juga boleh dimasak lemak dan dijadikan kerabu. Lebih-lebih lagi apabila dimakan bersama nasi panas dan ditambah dengan sambal belacan serta bersama lauk kampung. Namun, daun pegaga juga boleh dibuat jus, dengan hanya rebus atau kisar dan dijadikan minuman.

Daun pegaga atau nama saintifiknya Centella Asiatica ialah sejenis ulam yang bukan sekadar memiliki kebaikan dari segi kesihatan dalaman malah mampu memberi impak besar kepada kecantikan seseorang.

Di Malaysia, pegaga amat popular di kalangan tiga kaum utama negara ini iaitu Melayu, Cina dan India. Bagi kaum Melayu, ia di makan secara segar sebagai ulam, bagi kaum Cina digunakan sebagai minuman penyejuk badan, manakala bagi kaum India digunakan sebagai tonik kecerdasan minda.

Namun, kini ia semakin mendapat perhatian masyarakat Barat yang mula menyedari kebaikannya.

Perubatan tradisional menggunakan pegaga untuk merawat parut dan masalah selulit yang sering dialami wanita. Pegaga dikatakan mampu merawat kerosakan kulit secara tradisi selain meningkat­kan peredaran darah untuk memberikan wajah lebih berseri kepada mereka yang rajin me­ngamalkan makan daun pegaga atau minum air rebusannya.

1. Dijadikan sebagai mempercepatkan penyembuhan dan merawat kulit yang luka

Apabila disapukan pada kulit, sifat antibakteria, antikuman dan antiradang yang ada pada pegaga dilihat dapat mempercepatkan pemulihan luka dengan merawat tisu yang rosak dan mengurangkan parut. Bahkan juga, bahan aktif pada pegaga yang merangsang peredaran darah mempercepatkan proses pemulihan di bahagian luka atau terbakar selain menggalakkan pembentukan kolagen, sekaligus mengurangkan masalah seperti parut atau regangan kulit.

Cara penyediaan ubat untuk merawat kulit ialah dengan menyediakan lima helai pegaga dan juga bedak sejuk. Cuci daun tersebut dengan bersih, tumbuk hingga lumat kemudian campurkan dengan bedak sejuk dan gaul hingga rata.

Sebelum letakkan daun pegaga yang telah dicampur dengan bedak sejuk, pastikan anda basuh dahulu tempat luka tersebut dan keringkan dengan tisu atau tuala yang bersih. Kemudian letakkan daun pegaga yang dicampurkan dengan bedak sejuk di tempat luka tersebut.

Malah, bagi anda yang bimbang de­ngan kemunculan tanda penuaan, pegaga boleh dijadikan alternatif rawatan wajah memandangkan ia memiliki sifat yang mampu menegangkan kulit apabila disapu dan dibiarkan selama beberapa minit atau semalaman. Caranya dengan meletakkan daun pegaga yang dicampur dengan bedak sejuk sebagai masker di muka pada waktu malam, dan bilas muka anda keesokkan pagi.

 

2. Menjadikan wajah kelihatan awet muda

Amalan meminumnya dikatakan mampu menjadikan wajah kelihatan awet muda kerana ia membantu menyuburkan kulit, rambut dan kuku. Ini kerana ia menyokong pembentukan kolagen, seterusnya me­ngelakkan kulit kendur atau kehilangan lembapan semula jadi.

Cara menyediakan jus pegaga ini dengan sediakan 7 hingga 11 helai daun pegaga, satu gelas air suam, satu sudu madu atau satu sudu gula perang dan juga susu segar atau susu tepung. Kisarkan daun pegaga dengan air suam tersebut hingga sebati, pastikan anda tapis hampas daun pegaga tersebut sebelum anda campur dengan madu dan susu. Amalkan seminggu sekali untuk mendapatkan kulit lebih anjal dan cantik.

 

3. Merawat rambut yang tidak bermaya

Selain kulit, pegaga memberi manfaat kepada kecantikan rambut terutama masalah keguguran rambut kerana kandungan nutrien mampu menyuburkan kembali rambut tidak bermaya. Ia mampu me­nguatkan akar rambut, menyuburkan kulit kepala, menguatkan salur darah dan akar rambut serta me­ngelakkan masalah rambut yang lain.

Cara menyediakan jus pegaga ini sama seperti menyediakan jus pegaga untuk kulit, amalkan seminggu sekali, anda akan dapatkan rambut cantik dan kuat.

Pegaga juga dikatakan mampu ­meningkatkan aliran darah dan mengurangkan masalah berkaitan termasuk urat bersimpul atau salur darah lemah hingga menimbulkan urat berwarna ungu pada betis dan paha. Lebih mengujakan, pegaga dikatakan mampu melawan masalah selulit yang sering dialami wanita di bahagian paha, tangan dan kaki hingga menjejaskan penampilan mereka lantaran sifatnya yang diuretik di samping mening­katkan peredaran darah.

Pastinya untuk mengekalkan cantik serta awet sangat mudah hanya dengan mengamalkan daun pegaga ini sebagai sebahagian hidup anda dan mulakan hari ini.

 

 

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans