Neelofa ikon TMW2018 – Channel W

Neelofa ikon TMW2018

Sesebuah negara tidak akan maju dan berjaya sekiranya peranan wanita dikesampingkan dalam arus pembangunan negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata banyak negara selama ini tidak menunjukkan komitmen mereka untuk memperkasakan wanita tetapi sudah menyedari bahawa kalau wanita dikesampingkan maka negara berkenaan tidak mungkin berjaya.

Berucap ketika melancarkan logo dan jenama Tahun Memperkasa Wanita 2018 (TMW2018) hari ini, Najib berkata kerajaan pimpinannya komited memperkasakan wanita agar golongan itu mendapat lebih peluang, ilmu semakin luas dan dilibatkan secara lebih menyeluruh dalam proses membuat keputusan sama ada sektor awam atau swasta.

“Sebagai sebuah kerajaan, kita beriltizam untuk sentiasa meninggikan peranan dan martabat wanita di dalam negara. Rekod kita adalah sangat baik dalam hal ini tetapi kita belum lagi puas hati (dengan pencapaian itu).”

Najib berkata beliau telah mengumumkan 2018 adalah Tahun Memperkasa Wanita pada pembentangan Bajet 2018, yang akan merangkumi empat program iaitu literasi pelaburan, Malaysia Women Made, Impact 4 Humanity dan Revolusi Industri 4.0.

Beliau berharap program yang dirancang bagi memperkasa wanita dapat dilaksanakan dengan jayanya dengan sokongan semua pihak termasuk badan bukan kerajaan yang memperjuangkan hak wanita.

Najib pada majlis itu turut menyampaikan sijil kepada dua ikon TMW2018 iaitu Puteri Diraja Selangor, Datin Paduka Setia Tengku Zatashah Sultan Sharafuddin Idris Shah dan pemilik Fashion Valet Datin Vivy Yusof sebagai penggerak dan pemacu di atas pencapaian cemerlang dalam bidang kesukarelawan dan keusahawan.

Ahli perniagaan dan selebriti Neelofa Mohd Nor turut dilantik sebagai ikon TMW2018 namun tidak hadir hari ini.

Neelofa ikon TMW2018

 

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans