Neelofa Raih Anugerah ‘Woman of the Year’ – Channel W

Neelofa Raih Anugerah ‘Woman of the Year’

Kuala Lumpur- Noor Neelofa pengasas Naelofar Hijab telah mendapat anugerah ‘The BrandLaureate SMEs Woman of the Year’ 2017-2018, pengacara dan pelakon ini juga telah membuktikan pencapaian Naelofar Hijab dengan meraih anugerah ‘The BrandLaurate SMEs BESTBRANDS Award Signature Brand E- Commerce Fashion’.

Naelofar Hijab diasaskan pada bulan September 2014 dan kini jenama ini telah berkembang pesat di Malaysia dan menyasarkan pasaran diperingkat antarabangsa.

“Saya amat gembira dan bertuah dianugerahkan sebagai ‘Woman of the Year’ bukan sahaja fokus kepada Naelofar Hijab malah diri saya juga dihargai, saya amat berterima kasih dan syukur” katanya ketika di temubual oleh wartawan Channel W di Hotel The Majestic, Kuala Lumpur.

“Sebenarnya banyak perancangan kami, kini kami sedang fokus untuk menyiapkan koleksi Hari Raya akan datang dan Naelofar Hijab juga akan memasuki pasaran di New York dan di Timur Tengah tidak lama lagi” kata Neelofa yang turut ditemani oleh ibunya, Datin Noor Kartini.

Neelofa ketika ditemubual oleh wartawan Channel W, di Hotel The Majestic, Kuala Lumpur.

Ikon TMW18 ini juga menasihati para wanita diluar sana yang ingin berjaya haruslah cekal dan tidak mudah putus asa dalam apa jua bidang yang diceburi.

“Konsisten adalah kunci kejayaan, setiap kali saya hadapi kegagalan dan tidak berjaya untuk mencuba sesuatu yang baru saya cuba bangkit dan tidak mudah mengalah untuk terus maju kehadapan” kata Neelofa.

Selain Neelofa, individu lain yang bertanggungjawab di sebalik pencapaian itu adalah Pengarah Urusan NH Prima International Sdn Bhd, iaitu kakaknya, Noor Nabila Mohd Noor.

 

 

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans