Netizen benci Husna yang melampau – Channel W

Netizen benci Husna yang melampau

Tiap kali habis waktu maghrib apabila menjengah telifon bimbit pada jam 8.00 malam, pasti ruang talian masa di Facebook dipenuhi dengan sumpah seranah membenci watak Husna.

Anda pun pasti mengalami perkara yang sama. Husna itu, Husna ini, Husna perempuan gatal, malah ada yang membuat analisis watak Husna yang lemah-lembut itu dikatakan sebagai senjata memikat suami orang iaitu suami Fika.

Ini juga membuatkan aktres Zahirah MacWilson yang memegang watak Fika berasa kasihan dengan penangan kebencian netizen dalam drama Jangan Benci Cintaku, rakan artisnya Niena Baharun yang membawakan watak Husna dalam drama tersebut.

Apa lagi mengenangkan Niena kini sedang mengandung anak pertama.

“Memang kasihan sebenarnya apabila ramai yang geram dengan watak Husna. Malah Niena juga menerima tempias kebencian itu.

Zahirah amat berharap penonton setia drama tersebut tidak terlalu obses dengan watak Husna, kata Zahirah, dia juga mengagumi sikap Niena yang dianggapnya sangat berani.

“Tetapi saya anggap Niena seorang yang berani kerana jika saya, belum tentu mampu membawakan watak Husna itu dengan baik,” katanya lagi.

Membawakan watak antagonis sebagai perampas suami orang, penampilan Niena yang bertudung juga memberi kesan kepada penonton.

Hingga kini pelbagai troll dicipta dan tersebar.

 

 

Niena bagaimanapun di dalam posting media sosialnya, menyatakan beliau masih okey dan tidak stress.

Baginya membawa watak antagonis sebegitu pasti akan menerima kecaman hebat netizen dan itu mengesahkan kejayaan beliau membawa setiap watak yang diamanahkan kepadanya supaya berkesan.

 

 

 

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans