Netizen ditegur hormati bulan Ramadhan – Mufti – Channel W

Netizen ditegur hormati bulan Ramadhan – Mufti

Warga netizen ditegur supaya memelihara kemuliaan bulan Ramadan dengan tidak berkongsi perkara-perkara yang boleh mengaibkan orang lain dan mengeluarkan perkataan yang tidak baik.

Menjurus perkembangan terbaharu, melibatkan kes siasatan polis terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan keluarganya.

Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri berkata, beliau mendapati di laman-laman sosial seperti Facebook, orang ramai tidak segan silu mengeluarkan kata-kata yang mengaibkan sebagai respons dan tindak balas mereka terhadap perkembangan kes siasatan melibatkan bekas Perdana Menteri itu.

Beliau tidak bertujuan menyokong mana-mana pihak.

Namun sikap yang dilakukan seolah mereka lupa sedang berpuasa.

Turut ditegur cara ayat diolah di media-media social dilihat bukan sikap seorang islam yang dituntut.

Seharusnya, umum menyerahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan bukan menjatuhkan hukuman dan mengaibkan sesiapa tanpa mengetahui duduk sebenar kejadian.

 

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans