Netizen kecam penyokong Indonesia baling objek kepada pasukan U19 Malaysia – Channel W

Netizen kecam penyokong Indonesia baling objek kepada pasukan U19 Malaysia

Tahniah pasukan bola sepak bawah 19, Malaysia, akan mara ke pusingan akhir menentang Myanmar 14 Julai ini bagi merebut Piala AFF Suzuki 2018.

 

Malaysia yang seri 1-1 hingga ke masa akhir menentang Indonesia menang 3-2 hasil tendangan penalti.

Bagaimanapun perlawanan itu dicemari dengan tunjuk perasaan penyokong Indonesia hingga membaling objek kepada para pemain Malaysia dan para pegawai.

Walaupun ia bukan senario yang luar biasa ketika menentang Indonesia tetapi perbuatan penyokong Indonesia turut dikecam netizen setelah tular di media sosial video penyokong Indonesia membaling objek kepada pasukan Malaysia.

Apa pun kita doakan keselamatan pasukan Malaysia dan berjaya menentang Myanmar Sabtu ini.

Teruskan perjuangan Malaysia.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans