Nokia 1 Android Oreo (edisi Go) Boleh Didapati Dengan RM339 – Channel W

Nokia 1 Android Oreo (edisi Go) Boleh Didapati Dengan RM339

KUALA LUMPUR – HMD Global, pembuat telefon pintar Nokia, hari ini mengumumkan Nokia 1 dan Nokia 7 Plus kini boleh didapati di rangkaian kedai Nokia di seluruh negara mulai 13 dan 20 April.

Nokia 1 dilengkapi Android Oreo™ (edisi Go) terbaharu iaitu sebuah versi Android untuk peranti 1GB RAM atau kurang (sehingga 128MB)

Dengan pemproses quad-core, kamera hadapan dan belakang, sambungan 4G dan dua SIM, Nokia 1 menggabungkan bateri 2150mAH boleh ubah dan paparan IPS jimat-tenaga.

Nokia 1 membawakan reka bentuk sedia ada telefon pintar Nokia yang lebih segar dengan ciri ikonik ‘Nokia smile’ dalam pakej terbaharunya. Telefon pintar ini boleh didapati dalam dua pilihan warna Warm Red (merah) dan Dark Blue (biru).

Nokia 1 boleh didapati mulai 13 April 2018 dengan harga RM339.

Android Oreo™ (edisi Go) mempunyai Google Go – aplikasi pencarian web, Google Maps™ Go, YouTube™ Go dan Google Assistant untuk Android (edisi Go), bagi membolehkan penghantaran mesej, panggilan telefon,  penggera dan lain-lain lagi dilakukan dengan pantas, hanya menggunakan suara anda.

Nokia 1 boleh didapati mulai 13 April 2018 dengan harga RM339. Pembeli juga akan menerima cover Xpress-on dengan setiap pembelian Nokia 1 sepanjang tawaran pengenalan ini dan sehingga stok masih ada.

Makeover cover Xpress-on dengan harga permulaan RM39.90

Nokia 7 Plus pula menggabungkan kemampuan pengimejan inovatif dan kemampuan penggunaan selama dua hari dengan sekali cas. Dengan Dual-Sight yang ditambah baik, optik ZEISS yang amat sensitif dan mod Pro Camera, Nokia 7 menangkap kecantikan sebenar sesuatu imej, tanpa mengira jenis pencahayaan.

Nokia 7 Plus lebih menarik dengan warna unik seramik hasil daripada sistem cat 6-lapis yang meningkatkan kualiti panggilan, isyarat dan juga pegangan yang lebih kukuh dan selesa.

Nokia 7 plus boleh didapati mulai 20 April dengan harga RM1699.

Paparan terang 6-inci 18:9 Full HD+ menjadikan Nokia 7 plus sebagai pilihan terbaik untuk melayari internet, menggunakan media sosial, permainan dan hiburan.

Dengan 4GB RAM, ia cukup pantas untuk pengguna yang sering melakukan dua perkara dalam satu masa.

Nokia 7 plus disokong dengan pemproses Qualcomm® Snapdragon™ 660 Mobile Platform. Dengan penggunaan bateri berkuasa 3900mAH, Nokia 7 plus mampu bertahan selama 2 hari.

Dwi kamera dengan sokongan optik ZEISS menggabungkan kamera 12MP ultra-sensitif yang mampu menghasilkan gambar yang cantik dalam suasana pencahayaan rendah dan terang, manakala kamera 13MP pula membolehkan 2x zoom optikal untuk menangkap gambar dari jauh.

Buat pertama kalinya telefon pintar Nokia memperkenalkan ciri-ciri pengimejan berasaskan kecerdasan buatan (artificial intelligence) yang menjadikan swafoto anda lebih menarik. Dengan tambahan ciri ‘mask’, anda juga boleh menikmati lebih keseronokan dengan kamera telefon anda, malah memasukkannya ke #Bothies.

Dengan kamera hadapan 16MP yang dilengkapi dengan optik ZEISS, Nokia 7 plus mengadaptasi suasana pencahayaan rendah dengan meningkatkan sensitiviti cahaya bagi memastikan gambar swafoto yang sempurna.

Tiga mikrofon yang dipasang mampu merekod audio 360° untuk disesuaikan dengan video 4K, sekaligus membolehkan pengguna menikmati video yang berkualiti dan membolehkan anda mencipta kandungan yang terbaik seperti di skrin besar.

Vijay Thangavelu, Pengurus Negara HMD Global (Malaysia dan Myanmar)

Vijay Thangavelu, Pengurus Negara HMD Global (Malaysia dan Myanmar), berkata, “Nokia 7 Plus merupakan sebuah telefon yang boleh diharap. Dengan reka bentuk yang pertama kali diperkenalkan dan teknologi pengimejan inovatif, Nokia 7 plus merupakan jenama terbaik dalam lingkungan telefon pintar kami.”

Nokia 7 plus juga dihadirkan dengan sifar UI atau proses tersembunyi yang membuatkan bateri cepat habis, dan ini sekaligus membolehkan pengguna menikmati telefon baharu dengan jangka masa lebih lama.

Nokia 7 plus boleh didapati dengan warna Black/Copper dan White/Copper di kedai-kedai di seluruh negara mulai 20 April dengan harga RM1699.

Setiap pembelian Nokia 7 plus didatangkan dengan kotak hadiah yang terdiri daripada tripod Bluetooth, lensa ‘fish eye’, lebar dan mikro. Kotak hadiah ini bernilai RM300 dan boleh didapati selagi stok masih ada.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans