Norza Presiden MOM, Menang Tanpa Bertanding – Channel W

Norza Presiden MOM, Menang Tanpa Bertanding

KUALA LUMPUR – Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria sah menggantikan Tunku Tan Sri Imran Tuanku Ja’afar sebagai Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) bagi penggal 2018-2021.

Sehingga jam 5 petang Selasa, tiada pencalonan lain diterima untuk mencabar Timbalan Presiden MOM, Mohamad Norza yang mendapat restu Tunku Imran untuk memimpin badan induk itu.

Mohamad Norza dijangka memulakan tugas selaku Presiden MOM yang baharu secara rasmi ketika Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) pada 5 Mei ini.

Tunku Tan Sri Imran Tuanku Ja’afar yang memegang jawatan sebagai Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) 20 tahun.

Penyandangnya, Tunku Imran yang memegang jawatan itu selama 20 tahun, membuat keputusan untuk melepaskan ‘kerusi’ nombor satu itu dan meluahkan bahawa Mohamad Norza merupakan pengganti paling sesuai bagi jawatan berkenaan.

Sementara itu, Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Low Beng Choo sedia mempertahankan jawatannya pada pemilihan yang dijadualkan berlangsung pada 5 Mei nanti.

Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Low Beng Choo.

Kerusi panas yang disandang Beng Choo bagi penggal 2015-2017, bakal dicabar Datuk Mohd Nafizuddin Mohd Najib yang kini adalah Naib Presiden MOM.

Beng Choo mendapat empat pencalonan daripada persatuan sukan kebangsaan manakala Nafizuddin mendapat dua pencalonan.

Menurutnya, dia mahu meneruskan beberapa perubahan yang dilakukan selain tidak sabar untuk bekerjasama dengan pasukan yang baharu, diketuai oleh Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada Norza dan menegaskan MOM peru bekerja keras kerana Tunku Imran sudah meletakkan MOM di tahap yang lebih tinggi.

 

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans