OKU Terbiar, Wanita Ditahan Reman – Channel W

OKU Terbiar, Wanita Ditahan Reman

KOTA BHARU – Susulan penemuan seorang wanita orang kurang upaya (OKU) lembam di sebuah rumah di Taman Pinggiran Industri, Pengkalan Chepa malam tadi, seorang wanita direman selama tiga hari oleh Mahkamah Kota Bharu.

Perintah tahanan reman dikeluarkan oleh Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Sesyen, Tuan Ruzuaini Tuan Lah kepada wanita berusia 40 tahun yang juga adik mangsa.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, ACP Ismail Mat Sidik berkata wanita terbabit direman selama tiga hari hingga Khamis ini untuk siasatan mengikut Seksyen 342 Kanun Keseksaan.

Siasatan lanjut sedang dijalankan untuk mengetahui kejadian sama ada mangsa diabaikan atau sebaliknya.

Jika sabit kesalahan, wanita itu boleh dikenakan hukuman penjara maksimum setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Malam tadi jeritan dari dapur di rumah di Pengkalan Chepa membawa kepada penemuan seorang wanita dalam keadaan tidak bermaya.

Lebih menyayat hati, mangsa berusia 44 tahun yang juga OKU lembam ditemui dalam keadaan lemah dan kotor.

Malah, kawasan lantai di mana wanita itu ditemui, dipenuhi dengan najis mangsa.

Jeritan mangsa didengari seorang jiran jam 9.15 malam sebelum bertindak menghubungi pihak polis yang menemui mangsa dalam keadaan terbaring dan berbau hamis serta busuk berada di bahagian dapur.

Susulan itu, adik mangsa berusia 40 tahun dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu untuk soal siasat.

 

 

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans