Ombudsman dicadang pantau pihak berkuasa – Channel W

Ombudsman dicadang pantau pihak berkuasa

Sistem ‘ombudsman’ iaitu melantik pegawai untuk menyiasat aduan orang ramai terhadap salah laku yang dilakukan pihak berkuasa disaran diwujudkan di seluruh jabatan dan agensi kerajaan.

Aktivis sosial, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, beberapa negara seperti Sweden, New Zealend dan Scandinavia lain dilihat berjaya mengurangkan salah laku oleh pihak berkuasa.

“Kita lihat masyarakat ketika ini kurang mempunyai platform yang sesuai untuk membuat aduan terhadap salah laku yang dilakukan oleh pihak berkuasa.

“Kita percaya dengan penubuhan sistem ini salah laku pihak berkuasa mampu dikurangkan sekaligus menjadikan negara lebih aman dan sejahtera,” katanya.

Beliau berkata demikian di majlis iftar anjuran Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) bersama pengamal media, malam tadi.

Lam Thye memaklumkan, dibawah sistem ini, ombudsment boleh dilantik sama ada oleh kerajaan ataupun Parlimen.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans