Operasi banteras Gay dijalankan di KL, PPR – Channel W

Operasi banteras Gay dijalankan di KL, PPR

Satu operasi khas telah dijalankan keatas sebuah kelab gay terkenal di Kuala Lumpur.

Menegaskan perkara itu, Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad berkata kelab tersebut telah wujud hampir 20 tahun di kawasan segi tiga emas Kuala Lumpur.

Beliau bagaimanapun tidak menyebut bila serbuan itu dilakukan dan jumlah kakitangan kementerianya yang terbabit serta tindakan yang diambil.

“Operasi Banteras Aktiviti Haram (OPS BAH) siri ke-46 kali ini dilakukan di sebuah kelab gay terkenal di ibu kota. Operasi kali ini diketuai oleh Ketua Setiausaha, Kementerian Wilayah, Datuk Seri Adnan Md Ikshan,” katanya.

Khalid juga berkata operasi yang sama turut dilakukan di rojek Perumahan Rakyat (PPR) Beringin, di Kepong dan PPR Sri Aman di Jinjang.

“Pihak kerajaan sangat serius dalam membanteras pemahaman serta gejala songsang dan radikal ini.

“Semoga inisiatif yang diambil ini, dapat membendung budaya LGBT dari terus merebak ke dalam masyarakat kita,” katanya.

Polemik komuniti Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) timbul apabila terdapat aktivis yang menuntut golongan itu diberi hak yang sama dinikmati rakyat Malaysia dan tidak lebih daripada itu.

Ini kerana komuniti LGBT dikatakan menghadapi diskriminasi dalam kehidupan seharian mereka berdasarkan kepada anggapan dan stigma daripada anggota masyarakat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mujahid Yusof Rawa kemudian mengeluarkan kenyataan bahawa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bersetuju bahawa sebagai warga negara LGBT tidak wajar didiskriminasikan tetapi menasihati mereka untuk tidak mencabar nilai-nilai kerajaan.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans