Neelofa dan Hebe Duta OPPO F7 – Channel W

Neelofa dan Hebe Duta OPPO F7

KUALA LUMPUR – OPPO, Pakar dan Peneraju Swafoto, hari ini melancarkan OPPO F7 terbaharu bagi merakam gambar anda yang sebenar.

OPPO juga berbesar hati menamakan seorang bintang terkemuka tanah air, Neelofa dan seorang penyanyi dan juga pelakon dari Taiwan, Hebe Tien sebagai duta produk.

Kedua-dua bintang terkenal ini dipilih mewakili F7 kerana mereka mempunyai aura, keanggunan, kelas dan keperibadian yang tersendiri selain memenangi pelbagai anugerah.

“ Saya teruja kerana telah dilantik oleh OPPO sebagai duta produk F7. Sebagai seorang yang suka berswafoto, telefon pintar luar biasa ini dilengkapi dengan teknologi Pengecaman Kecantikan A.1 2.0 akan membawa fotografi swafoto ke suatu tahap yang baru. Dengan keupayaan F7 mengimbas wajah dengan lebih tepat dan memberikan kesan kecantikan yang lebih baik,saya kini dapat mengambil swafoto secara semulajadi dengan mudah dan kemudian berkongsinya bersama para peminat saya,” kata Neelofa.

“Disamping itu, cermin khas yang berkilat di belakangnya dapat menjimatkan masa saya untuk mencarinya dari dalam beg saya kerana warna merahnya itu mudah menarik perhatian. Saiz telefon 6.2 inci OPPO F7 ini senang dipegang dan sesuai bagi kegunaan harian saya,” kata Hebe.

Menurut William Fang, Ketua Pegawai Eksekutif OPPO Malaysia, “Berurusan dengan Neelofa serta Hebe dan kemudiannya menjadikan mereka berdua sebagai duta produk adalah amat mudah , semudah mengambil swafoto menggunakan OPPO F7. Matlamat kami adalah untuk sentiasa memperbaiki teknologi sedia ada untuk membawa peminat kepada sesuatu yang baharu dan mengujakan, jadi dengan kehadiran duta-duta ini beserta dengan teknologi yang lebih baik, kami tidak sabar untuk menunggu saat di mana pengguna akan mencuba sendiri OPPO F7 kerana ianya pasti memberikan pengalaman penggunaan yang luar biasa.”

 

OPPO F7 adalah telefon pintar pakar swafoto kerana ia menggunakan kamera hadapan 25MP F2.0 yang dibantu dengan kuasa Beauty AI 2.0, untuk menghasilkan gambar swafoto yang lebih menarik. Kamera belakang pula 16MP F1.8.

Dengan fungsi ‘App-in-App’ pula membolehkan pengguna menjawab panggilan masuk sambil meneruskan permainan atau menonton filem.

Kuasa OPPO F7 digerakkan oleh pemproses Mediatek Helio P60, 4GB RAM dan 64GB storan. Ia memiliki skrin berbingkai 19:9, berukuran 6.23-inci dan resolusi FHD+ (2280×1080).

Bateri sebesar 3,400mAh terdapat di dalam OPPO F7, tetapi tiada pengecas pantas VOOC. Ia menjalankan sistem operasi terbaru Android 8.1 dengan antaramuka ColorOS 5.0.

Pengguna mempunyai tiga pilihan warna yang berbeza sesuai dengan keperibadian masing-masing, Solar Red, Moonlight Silver, dan edisi khas Diamond Black. Model 128GB edisi khas adalah berwarna Sunrise Red dan Diamond Black  menggunakan badan kaca unik yang berkilauan seperti batu permata.

Orang ramai boleh membuat tempahan awal dari 16 sehingga 20 April 2018 dan terima hadiah percuma berupa fon kepala Bluetooth, casing dan cincin pemegang telefon, semuanya bernilai RM299.

OPPO F7 akan dijual di Malaysia bermula 21 April 2018 pada harga RM1,399. Di samping itu, siri jelajah jualan yang pertama akan berlangsung pada 21 April 2018 di Sunway Pyramid, Kuala Lumpur.

 

 

 

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans