Pameran Bunga Ros Bercahaya Ditangguh – Channel W

Pameran Bunga Ros Bercahaya Ditangguh

Di Kedah,

Pameran bunga ros bercahaya yang dijadual bermula esok di Taman Jubli Emas, Alor Setar terpaksa ditangguhkan kira-kira beberapa hari berikutan keadaan cuaca yang tidak menentu ketika ini.

Jurucakap penganjur program berkata, keadaan padang yang becak disebabkan cuaca hujan sejak beberapa hari ini menyukarkan pihaknya untuk membuat kerja pemasangan bunga ros yang menggunakan lampu diod pemancar cahaya itu.

Mengikut jadual, Pesta Taman Bercahaya dan Belon Udara Panas tersebut sepatutnya bermula esok sehingga 3 Februari depan dan dijangka menarik kehadiran lebih 25,000 pengunjung.

Menurut perancangan, kira-kira 10,000 hingga 15,000 bunga ros bercahaya akan disusun atur dalam dekorasi yang menarik di padang Taman Jubli Emas dengan tiket masuk RM6 bagi dewasa dan RM4 kanak-kanak.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans