Parlimen: Empat Institusi Mental, 33 Hospital Kerajaan Sedia Perkhidmatan Psikiatri – Channel W

Parlimen: Empat Institusi Mental, 33 Hospital Kerajaan Sedia Perkhidmatan Psikiatri

KUALA LUMPUR – Kerajaan menyediakan fasiliti perkhidmatan psikiatri di empat institusi mental dan 33 hospital kerajaan di seluruh negara, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya.

Beliau berkata selain itu, sebanyak 761 klinik kesihatan juga memberi perkhidmatan kesihatan mental di peringkat kesihatan primer.

“Kementerian Kesihatan mewujudkan sebanyak 21 Pusat Kesihatan Mental Masyarakat di seluruh Malaysia bagi memberi perkhidmatan saringan, pengesanan awal, rawatan dan rehabilitasi di peringkat komuniti.”

“KKM juga menyediakan perkhidmatan kaunseling serta pendidikan keluarga untuk waris yang menghidap penyakit mental mengenai cara pengendalian penjagaan pesakit mental di rumah,” katanya pada sesi soal jawab persidangan Dewan Negara hari ini.

Beliau menjawab soalan Senator Datin Rahimah Mahamad yang bertanya mengenai usaha kerajaan menangani masalah pesakit mental di negara ini.

– BERNAMA

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans