Sama seperti isu daging Wagyu yang dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter, ia jelas memberi pandangan yang buruk kepada pihak pengurusan sedangkan Parlimen Malaysia tidak menguruskan soal makanan.

Setiausaha Bahagian Komunikasi Korporat Parlimen, Tengku Nasaruddin Tengku Mohamed, Parlimen Malaysia tidak pernah berbelanja mewah untuk tujuan tersebut malah kadar kelayakan seorang tetamu ditetapkan sebanyak RM50 sahaja.

“Ini menjadikan nilai perbelanjaan di meja utama bernilai RM400 bagi santapan lapan orang tetamu dan menu tambahan tersebut bukan dipesan oleh Parlimen Malaysia tetapi disediakan oleh pihak katerer bagi meraikan pelantikan Yang Dipertua Dewan Rakyat.

“Sehubungan itu, Parlimen Malaysia amat kesal dengan penyebaran isu berkait sajian mewah tersebut kerana maklumat yang disampaikan adalah tidak tepat sama sekali,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tengku Nasaruddin juga berkata, Parlimen Malaysia sentiasa bertanggungjawab untuk memastikan tatacara perolehan sentiasa dipatuhi sepenuhnya tanpa kompromi