Parlimen: Lebih 100,000 Pekebun Kecil, Penoreh Getah Belum Mohon BMT – Channel W

Parlimen: Lebih 100,000 Pekebun Kecil, Penoreh Getah Belum Mohon BMT

KUALA LUMPUR – Seramai 111,535 pekebun kecil dan penoreh getah daripada 483,941 individu yang layak memohon Bantuan Musim Tengkujuh (BMT), masih belum mengemukakan permohonan.

Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Datuk Datu Nasrun Datu Mansur berkata hingga 31 Jan lepas, sebanyak 372,406 permohonan BMT diterima melibatkan keseluruhan peruntukan yang dibelanjakan ialah RM179,732,600.

Beliau berkata demikian dalam jawapan lisan kepada soalan Datuk Mohd Zaim Abu Hasan (BN-Parit) berkenaan bantuan tersebut pada persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Datu Nasrun berkata kadar RM200 sebulan masih relevan kerana ia adalah bantuan sementara bagi menampung keperluan kewangan ketika penoreh tidak dapat keluar menoreh getah.

Bantuan Musim Tengkujuh dilaksanakan bagi membantu mengurangkan impak kepada pendapatan pekebun kecil getah yang terjejas akibat bencana banjir pada musim tengkujuh.

-Bernama

 

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans