Parti Pribumi Dibubarkan Sementara – Channel W

Parti Pribumi Dibubarkan Sementara

Pendaftaran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) telah dibubarkan sementara oleh Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) kerana kesalahan melanggar Seksyen 14 (5) Akta Pertubuhan 1966.

Dalam satu midang akhbar di Putrajaya hari ini, Ketua Pengarah Pendaftaran Pertubuhan, Surayati Ibrahim berkata PPBM tidak dibenar guna nama, logo dan laksana aktiviti berkaitan parti dalam tempoh 30 hari pembubaran sementara. Jika PPBM gagal mengemukakan butir-butir maklumat dan dokumen yang diperintah dalam tempoh di tetapkan, perintah pembubaran sementara akan menjadi mutlak, tambah beliau.

Adalah difahamkan bahawa 5 maklumat yang perlu diserahkan kepada RoS oleh PPBM dalam tempoh 30 hari adalah:

1. Alamat berdaftar atau tempat urusan kerana tiada didaftarkan di RoS;

2. Salinan pindaan kepada undang-undang daftar;

3. Salinan senarai jawatan, nombor kad pengenalan, tarikh lahir, tempat lahir, pekerjaan, nama dan alamat majikan serta alamat tempat tinggal semua pemegang jawatan dan penasihat pertubuhan peringkat cawangan, bahagian dan pusat bagi tahun 2016 dan 2017;

4. Minit mesyuarat agung peringkat cawangan, bahagian dan pusat bagi tahun 2016 dan 2017;

5. Salinan penyata penerimaan dan pembayaran serta kunci kira-kira bagi tahun tutup kira-kira.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans