PAS bergabung dengan UMNO? – Nik Abduh – Channel W

PAS bergabung dengan UMNO? – Nik Abduh

Ahli Parlimen Bachok, Nik Abduh Nik Abdul Aziz di dalam laman Facebook rasminya hari ini menulis berkenaan pengabungan Pas dengan UMNO.

Katanya, apa pendapat anda jika hubungan PAS dan UMNO menjadi semakin baik? Jika ia berlaku, adakah UMNO akan berubah kepada baik daripada kesalahan lampau mereka yang banyak? Atau, adakah PAS hanya akan terpalit dengan keburukan hasil hubungan baik tersebut?

Ikuti tulisan beliau berhubung isu ini.

Pilihan UMNO ialah;

1) Hidup berseorangan seadanya.
2) Bergabung atau menjalin hubungan intim dengan PPBM (UMNO 2).
3) Menjalin hubungan baik dengan PAS.
4) Tunggu mati.

Setakat ini, pilihan 2 amat tidak disenangi PH. Pilihan 4 hampir disenangi semua kecuali UMNO. Pilihan 1 hujungnya adalah pilihan 4. Manakala pilihan 3, amat-amat diperhatikan.

Sehingga hari ini, PAS sentiasa membuka pintu kepada ahli dan penyokong UMNO untuk menyertai PAS. Ia proses biasa yang diperbaharui. Sejak dulu lagi, antara faktor utama jumlah ahli PAS bertambah dari semasa ke semasa adalah disebabkan penghijrahan ahli dan penyokong UMNO kepada PAS.

 

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans