PAS syukur terima royalti minyak – Channel W

PAS syukur terima royalti minyak

PARTI Islam SeMalaysia (PAS) menyambut baik kesediaan Perdana Menteri YAB Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia untuk meneruskan pemberian royalti minyak sebanyak 20 peratus sebagaimana kenyataannya yang terbaru.

Ia selari dengan janji Manifesto PH dalam PRU14 lepas dan disahkan oleh YAB Tun M.

Tuan Ibrahim Tuan Man, Timbalan Presiden PAS memaklumkan keputusan itu sekaligus menidakkan amalan politik balas dendam.

Sebagai parti yang beramal dengan sistem demokrasi dan menghormati Konsep Federalisme, PAS berlapang dada walaupun pernah perit dihukum dengan penarikan bayaran royalti dahulu.

Kesediaan terbaharu daripada YAB Tun M itu memungkinkan bermulanya era baharu dalam budaya politik secara matang.

Bersangkutan dengan itu, PAS juga menaruh harapan agar semua peruntukan-peruntukan perkapita lain yang layak diterima oleh negeri-negeri dapat disalurkan tanpa apa-apa sekatan, sebagaimana yang termaktub di dalam perlembagaan.

Begitu juga dengan projek-projek sedia ada yang sedang berjalan dan yang telah diluluskan melalui Rancangan Malaysia ke-11, haruslah diteruskan sehingga selesai, untuk faedah rakyat.

Ini termasuklah Projek LPT3, pembesaran Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu, lebuhraya jajaran tengah (Central Spine Road) dan yang lebih utama projek rangkaian jalan keretapi Pantai Timur (ECRL) yang tidak harus dibatalkan tapi dirunding semula kos dan perjanjiannya agar ia menepati piawaian kewangan yang sihat.

Amalan yang menghormati konsep demokrasi dan Federalisme adalah amat penting bagi melicinkan pentadbiran kerajaan negeri-negeri yang telah dipilih secara demokratik oleh rakyat.

PAS yakin, Malaysia akan mampu terus membangun secara progresif dalam satu entiti tanpa ada mana-mana negeri yang ketinggalan.

 

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans