Pasangan Warga Emas Maut Kereta Terbabas – Channel W

Pasangan Warga Emas Maut Kereta Terbabas

KULIM – Sepasang suami isteri maut selepas kereta dinaiki mereka terbabas dan melanggar tebing bukit di Jalan Kulim-Serdang berhampiran simpang Politeknik Sultanah Bahiyah di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 6 pagi itu Mohamad Iddrus Samsudin, 62, dan Halimah Mat Piah, 63, meninggal dunia di tempat kejadian setelah tersepit di tempat duduk masing-masing.

Ketua Polis Daerah Kulim Supt Ahmad Nasir Jaafar ketika mengesahkan kejadian itu berkata siasatan awal mendapati kereta dipandu Mohamad Iddrus dalam perjalanan dari arah Lebuh Perdana ke Jalan Kulim-Serdang apabila terbabas di lokasi kejadian.

“Kedua-dua mangsa tersepit dan mayat mangsa dibawa ke Hospital Kulim untuk dibedah siasat,” katanya kepada Bernama hari ini.

— BERNAMA

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans