Pastikan Gerak Kerja BN ‘Zero Defect’ Untuk Rampas Selangor – Channel W

Pastikan Gerak Kerja BN ‘Zero Defect’ Untuk Rampas Selangor

KUALA SELANGOR – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu pemimpin dan anggota Barisan Nasional Selangor memastikan gerak kerja parti ‘sifar kecacatan’ bagi merampas kembali negeri itu daripada pembangkang pada pilihan raya umum ke-14.

Beliau turut menagih komitmen daripada setiap jentera BN negeri tidak kira daripada UMNO atau parti komponen supaya bergerak sebagai satu pasukan di bawah panji BN.

“Dalam kebersamaan kita untuk ambil alih Selangor pastikan jangan ada kecacatan sekalipun, kita mesti memastikan sifar kecacatan, kita mesti bersatu padu, kita mesti bersepakat dan bekerja sebagai satu pasukan di bawah BN, itu penting,” katanya ketika berucap pada program Sentuhan Rakyat di Bandar Puncak Alam di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh, Anggota Parlimen Kuala Selangor Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram Datuk Amiruddin Setro dan ADUN Bukit Melawati Jakiran Jacomah.

Tegas timbalan perdana menteri, kesepakatan dalam kalangan pemimpin dan anggota BN Selangor juga perlu diterjemahkan menerusi perkhidmatan terbaik kepada rakyat tanpa mengira kaum.

– BERNAMA

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans