PDRM nafi banduan terlepas lari di Bagan Serai – Channel W

PDRM nafi banduan terlepas lari di Bagan Serai

Tular di media sosial dakwaan kononnya terdapat banduan melarikan diri ketika trak pasukan polis tiba di lampu isyarat di kawasan Masjid Tinggi, Bagan Serai.

Mesej tular tersebut itu juga menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati serta mengunci pintu dan tidak membenarkan orang tidak dikenali memasuki rumah mereka.

Sumber gambar: Sinar Harian

SEBENARNYA:

Polis menafikan kejadian banduan terlepas ketika dibawa dengan trak pasukan itu di Bagan Serai seperti yang tular di media sosial, semalam.

Mesej individu yang tidak dikenali identitinya itu memaklumkan ada banduan melarikan diri ketika kenderaan itu tiba di lampu isyarat di kawasan Masjid Tinggi, dekat sini, dan menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati serta mengunci pintu dan tidak membenarkan orang tidak dikenali memasuki rumah mereka.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob, mengesahkan mesej tular itu tidak benar.

Katanya, gambar trak milik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian itu sebenarnya rosak ketika dalam perjalanan pulang dari Taiping selepas membawa Orang Kena Tahan (OKT) hadir bicara di Mahkamah Taiping petang semalam.

“Perkara itu itu disahkan palsu dan gambar kejadian itu sebenarnya kenderaan yang membawa OKT mengalami kerosakan ketika tiba di Masjid Tinggi. Ada pihak yang telah mengambil gambar kejadian dan memutarbelitkan (fakta) gambar itu dan menyebarkannya ke WhatsApp kononnya ada banduan berjaya meloloskan diri,”

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans