PDRM usaha bawa pulang remaja ditahan di Pakistan – Channel W

PDRM usaha bawa pulang remaja ditahan di Pakistan

Polis Diraja Malaysia (PDRM) berusaha untuk membawa pulang rakyat Malaysia yang ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Jinnah, Karachi, Pakistan yang disyaki menyeludup keluar senjata api dan peluru dalam bagasi yang di bawa.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, berkata polis Pakistan bagaimanapun kurang memberi kerjasama dan maklumat berhubung penahanan terbabit.

Beliau berkata demikian, ketika sidang media selepas melancarkan pejabat baharu Sekretariat ASEANPOL dan Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Eksekutif dan Pengarah Perkhidmatan Polis Sekretariat ASEANAPOL di Menara Bank Rakyat.

Bulan lalu, Al Muhd Alfie Kqhyriel, 20, ditahan bersama sejumlah senjata dan peluru ketika cuba menaiki penerbangan dari Pakistan ke Thailand, berdasarkan tiket yang dibelinya.

Mohamad Fuzi berkata, beliau tidak menolak kemungkinan pembabitan remaja terbabit dalam kumpulan pengganas Daesh.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans