Pegawai Imigresen Terlibat Kemalangan Maut – Channel W

Pegawai Imigresen Terlibat Kemalangan Maut

SIBU – Seorang pegawai imigresen maut dalam kemalangan jalan raya melibatkan kereta Perodua MyVi dan sebuah Toyota Hilux berhampiran Jambatan Lebaan di Jalan Sibu – Tanjung Manis dekat sini kira-kira 6.30 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata dalam kejadian itu, mangsa yang memandu kereta Perodua MyVi dikenali sebagai Mohamad Hazlee Kiprawi, 34, dikatakan dalam perjalanan dari Kampung Bawang, Matu dalam Bahagian Mukah ke tempat kerja di Lapangan Terbang Sibu.

“Siasatan awal mendapati, kereta dipandu mangsa dipercayai telah masuk ke laluan bertentangan menyebabkan berlaku perlanggaran secara berdepan dengan sebuah Toyota Hilux,” katanya.

Beliau berkata seorang penumpang wanita berusia dalam lingkungan 20 tahun yang turut berada dalam kereta tersebut patah tangan kanan manakala pemandu dan penumpang Toyota Hilux pula masing-masing berusia dalam lingkungan 36 dan 50 tahun hanya cedera ringan.

– BERNAMA

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans