Pegawai Khas Timbalan Menteri KDN dipecat ‘kantoi’ rakam bawah skirt wanita – Channel W

Pegawai Khas Timbalan Menteri KDN dipecat ‘kantoi’ rakam bawah skirt wanita

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Mohd Azis Jamman mengesahkan akan memecat pegawainya yang didakwa merakam dari bawah skirt seorang wanita.

Dalam kenyataan di Facebook beliau, Azis mengesahkan bahawa lelaki yang dilihat dalam rakaman video litar tertutup – CCTV, yang kini tular di media sosial itu adalah pegawainya.

Azis menegaskan dia memandang serius tindakan bekas pegawainya  itu dan menjelaskan bahawa ia mungkin dilakukan tanpa disedarinya.

Pegawai kepada Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Azis Jamman dipercayai merakam video bawah skirt seorang staf wanita kedai cermin mata di Solaris Dutamas, Kuala Lumpur.

“Tindakan dan perbuatan sedemikian adalah terkutuk dan keji. Saya juga mengambil keputusan untuk bertindak tegas terhadap pegawai tersebut yang membuat rakaman itu.

“Selepas membuat pertimbangan, keputusan untuk memecat pegawai tersebut dibuat serta-merta kerana tindakan tersebut yang menjejaskan imej dan kredibiliti saya selaku Timbalan Menteri Dalam Negeri dan pejabat Timbalan Menteri.

“Saya memohon maaf atas tindakan pegawai tersebut dan ia tidak ada kena mengena dengan pegawai-pegawai lain dalam pejabat Timbalan Menteri yang sedang bertugas dengan saya,” katanya.

Terdahulu, media turut melaporkan seorang staf wanita kedai cermin mata membuat laporan polis terhadap lelaki yang merakam dari bawah skirtnya.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans