Pekerja Filipina Buat Bantahan Sempena Hari Buruh – Channel W

Pekerja Filipina Buat Bantahan Sempena Hari Buruh

MANILA – Ribuan pekerja berarak dalam perarakan Hari Buruh di ibu kota ini hari ini, menggunakan patung dibakar dan laungan kemarahan berhubung dasar ekonomi Presiden Filipina Rodrigo Duterte.

Mengibarkan bendera merah, kesatuan mengetengahkan apa yang mereka katakan, janji mungkir kempen Duterte untuk menghapuskan kontrak pekerja jangka pendek, yang menghalang manfaat dan bayaran gaji lebih baik kepada kakitangan.

 “Kami dibawa bersiar-siar,” kata Parti Pekerja dalam satu kenyataan Hari Buruh ketika ia berikrar untuk terus berjuang menentang amalan itu.

Patung syaitan gergasi menggambarkan peranan Duterte dibawa penunjuk perasaan di jalan berhadapan istana presiden dan dibakar.

Polis berkata, kira-kira 5,500 orang menyertai perarakan itu dan ia diadakan secara aman.

Bantahan itu diadakan walaupun Duterte membuat pengumuman dalam satu upacara sambutan Hari Buruh di tengah Filipina, beliau sudah menandatangani arahan mengukuhkan peraturan terhadap kontrak jangka pendek.

Duterte menegaskan, beliau tidak dapat melakukan lebih lagi oleh kerana ia memerlukan perundangan mengkaji undang-undang buruh. -AFP

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans