Pelaburan Langsung Asing Bukan Hanya Dari China – Channel W

Pelaburan Langsung Asing Bukan Hanya Dari China

KUCHING – Malaysia menerima pelaburan langsung asing daripada pelbagai negara dan tidak hanya bergantung kepada China.

Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah berkata, aliran masuk pelaburan langsung asing bersih sebanyak RM39.2 bilion pada 2017 melibatkan pelaburan dari India, Jerman, Jepun dan Singapura, sekali gus menafikan tohmahan negara terlalu bergantung kepada China.

“Pelaburan langsung asing di negara ini sangat pelbagai, tetapi ada yang kata kita terlampau bergantung kepada China. Paling penting kenapa orang nak melabur di Malaysia? Sebab utama ialah ekonomi Malaysia kukuh, bagus dari segi infrastruktur dan yang paling penting keadaan politik di negara ini stabil.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan amanat kepada hampir 1,000 kakitangan awam persekutuan di Sarawak pada Program Kementerian Kewangan Malaysia #MOF Bersama Rakyat di sini, hari ini.

Mohd Irwan berkata, bagi pengurusan kewangan negara pula, Malaysia berada di landasan ekonomi yang amat kukuh dan Bank Negara Malaysia menaikkan unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia bagi tahun ini kepada 5.5 hingga 6.0 peratus.

Menurutnya, ekonomi Malaysia yang baik membolehkan kerajaan menambah kenaikan satu gaji tahunan untuk 1.6 juta penjawat awam berkuat kuasa 1 Julai depan malahan membuat keputusan meningkatkan jumlah bayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi pelbagai kategori.

Pada program tersebut, Mohd Irwan juga mahu penjawat awam menjadi pengantara menyampaikan maklumat tepat kepada rakyat mengenai ekonomi negara kerana kebanyakan maklumat dalam internet sudah ditapis atau ditokok tambah.

 

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans