Pelakon Bergelar Datuk Mengamuk di Balai Polis Positif Ganja – Channel W

Pelakon Bergelar Datuk Mengamuk di Balai Polis Positif Ganja

Pelakon bergelar Datuk yang ‘mengamuk’ di kaunter trafik Balai Polis Kota Damansara, Petaling Jaya didapati positif dadah jenis ganja.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, pengesahan itu dibuat selepas saringan ujian air kencing yang dilakukan ke atas suami kepada pelakon wanita terkenal berusia 36 tahun itu.

Menurut Mohd Zani, pihaknya sedang menjalankan siasatan mengikut Seksyen 90 Akta Polis 1967 dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan akan menambah siasatan mengikut Seksyen 3 (1) Akta Penagih Dadah 1983.

Sebelum ini, pelakon yang baharu saja dianugerahkan pingat Datuk itu ditahan selepas didapati menampar anggota polis dan menendang orang awam yang berada dalam balai.

Suspek datang ke balai polis itu bagi membuat laporan berhubung satu kemalangan jalan raya kira-kira pukul 1.20 petang, 11 Januari.

Tambah Mohd Zani, pelakon itu secara tiba-tiba menampar muka anggota yang menerima aduannya dan menendang orang awam.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans