Hal itu disahkan Pengurusnya, Ash dan memaklumkan keadaan Nabila semakin teruk petang semalam.

“Pada mulanya dia sangka sakit perut biasa tetapi setelah membuat pemeriksaan doktor mendapati dia keracunan makanan dan dehidrasi lalu terus dimasukkan ke wad bagi pemeriksaan lanjut,” ujarnya.

Akibat dimasukkan ke hospital, Nabila atau nama sebenarnya Nur Nabila Mohd Razali, 26, terpaksa menangguhkan penggambaran drama Cintaku Di Bumi Izmir yang baharu disambung semula selepas cuti hari raya.

“Pihak hospital belum maklumkan perkembangan kesihatannya dan tidak tahu bila akan keluar. Apa-apa pun sama-sama kita doakan kesihatannya kembali seperti biasa ,” ujarnya.