Pelakon Glee Bunuh Diri – Channel W

Pelakon Glee Bunuh Diri

Mark Salling yang dikenali menerusi lakonan siri muzikal televisyen Glee, membunuh diri beberapa hari sebelum beliau dikenakan hukuman kerana memiliki bahan pornografi kanak-kanak.

Agensi berita TMZ yang memetik sumber pihak berkuasa memaklumkan Salling, 35, meninggal dunia dengan menggantung diri.

Jelas peguamnya Michael Proctor, dia mengesahkan Mark Salling meninggal dunia awal pagi ini.

Katanya lagi Mark seorang yang budiman, penyayang, kreatif dan melakukan yang terbaik bertanggungjawab terhadap kesalahan dan kesilapan pertimbangannya.

Salling berdepan hukuman 7 Mac ini selepas mengaku bersalah memiliki bahan pornografi kanak-kanak dengan persetujuan pendakwa raya.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans